Saturday, July 9, 2016

Riadah 2 Syawal 1437H

Riadah 2 Syawal 1437H
Petang raya ke 2, beberapa orang budak sedang bermain bola sepak dalam perkampungan yang dikelilingi oleh kebun getah, di Kampung Batu 23, Machang, Kelantan Darul Naim

Exif : ISO 64, F2.0, 1/100s
Gear : Samsung A5
Date : 7 Jul 2016, 16.04pm
Editor : Instagram

Saturday, May 21, 2016

indahnya dunia

Indahnya Dunia
Sungguh menarik bingkai gambar hitam putih yang disusun kemas di dinding lobi sebuah hotel yang sempat saya rakam ketika menginap di sana hujung minggu yang lalu. Gambar hitam putih sangat cantik dibingkai dan disusun begitu. Lokasi gambar mungkin sekitar asia, manakala gambar bawah kedua dari kanan itulah Hotel Pi, Jalan Veerasamy, Ipoh. 

Monday, July 22, 2013

Ramadan..1434

Lama blog tak berisi..sampai ke pertengahan bulan Ramadan dah..

Allhamdulillah,azam tahun ini untuk mencari keberkatan bulan mulia ini hampir tercapai, dengan cuaca yg nyaman walau ditengah hari,sehingga malam ke 14 ini, saya masih tidak tertinggal walau satu rakaat solat terawih, tidak seperti tahun-tahun yang lalu.

Cuma ada sehari saya hanya sempat solat terawih berjemaah 4 rakaat sahaja.Selain daripada itu sekurang-kurangnya juga semaksimum 8 rakaat.

Semoga Ramadan yg berbaki 15 hari lagi ini dapat saya istiqamah untuk mendapat keberkatanNya...

aamiiinnn.